31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

AirAsia mansuh pemakaian pelitup muka dalam penerbangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AIRASIA Malaysia (AK) mengumumkan pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta berikutan pengumuman kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaiannya dalam penerbangan semalam.

AK dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata pemakaian pelitup muka dalam penerbangan adalah pilihan penumpang, kecuali mereka melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang memerlukan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam.

“Bagaimanapun, penumpang yang ingin memakai pelitup muka semasa dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua pesawat AirAsia dilengkapi penapis HEPA yang mampu menghapuskan 99.99 peratus zarah habuk dan bahan cemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria.

“Udara kabin disegarkan sepenuhnya setiap tiga minit untuk memastikan kualiti udara adalah pada tahap maksimum sepanjang penerbangan,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat dengan menggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini. – BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan