27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kos rawatan jantung dijangka meningkat – Dr Noor Hisham

Di Malaysia, penyakit jantung iskemia masih kekal sebagai sebab kematian utama.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBAN kos rawatan bagi penyakit jantung di negara ini dijangka terus meningkat sekiranya tiada tindakan berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam mengawal dan mencegah penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.

“Oleh itu, kolaborasi antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan lain-lain agensi termasuk jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan badan bukan kerajaan amat penting bagi memperkukuhkan tadbir urus penjagaan dan pencegahan penyakit jantung di Malaysia secara lebih menyeluruh.

“Lebih utama, peranan komuniti amat kritikal bagi menjayakan usaha ini,” katanya dalam ucapan aluan Hari Jantung Sedunia yang disiarkan secara maya dalam Facebook Portal MyHealth KKM, hari ini.

Kenyataan itu berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia tahun ini.

Dr Noor Hisham berkata, penyakit jantung atau penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu dunia yang menyebabkan lebih 18.6 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.

Katanya, daripada jumlah kematian itu, 85 peratus disebabkan penyakit jantung koronori seperti serangan jantung dan penyakit serebrovaskular atau strok yang kebanyakannya melibatkan negara berpendapatan rendah dan sederhana.

“Di Malaysia, penyakit jantung iskemia masih kekal sebagai sebab kematian utama dengan 18,515 kematian atau 17 peratus dicatatkan pada 2020, meningkat daripada 11.6 peratus pada 2000,” katanya. – BERNAMA

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan