30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Permintaan domestik naik mendadak punca gangguan – AirAsia

AirAsia Malaysia juga hanya beroperasi dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat sebelum pandemik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AIRASIA memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangannya tempoh hari ekoran permintaan mendadak sempena musim perayaan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, selain musim perayaan, penjadualan semula penerbangan juga terpaksa dilakukan berikutan pembukaan semula sempadan negara sejak 1 April lalu.

Beliau berkata, AirAsia Malaysia kini beroperasi dengan 40 pesawat sahaja berbanding hampir 100 pesawat sebelum pandemik melanda dunia.

“Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula seperti mana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (DCA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Riad berkata, pihaknya berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua pelanggan serta memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat.

Baca juga:   Graduan IPG perlu jadi pendidik berkualiti tinggi - Radzi Jidin

Ini termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas, jelas beliau.

Riad berkata, selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing serta panahan petir sehingga menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan ini.

Beliau berkata, keutamaan AirAsia buat masa ini meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua pelanggan tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Baca juga:   Kru bot barter Indonesia kantoi bawa masuk syabu

Katanya, setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

“Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan