26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

AKPK kesan data peribadi pelanggan didedah web gelap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AGENSI Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memaklumkan maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad pelanggannya, didedahkan oleh penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.

AKPK dalam kenyataan berkata, buat masa ini kira-kira 20 data pelanggan didedahkan dan menjangkakan penjenayah itu akan mendedahkan lebih banyak maklumat, termasuk nama serta nombor MyKad terbabit

“Kami bersedia dan menjangka perkara itu. Siasatan dengan pihak ketiga, iaitu pakar keselamatan siber juga masih diteruskan.

“Semua maklumat yang dicuri oleh penjenayah siber itu diperoleh menerusi aktiviti haram dan sehubungan itu semua (perbuatan) mengambil, menggunakan dan penyebarannya satu kesalahan jenayah,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, AKPK memaklumkan sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa undang-undang dan pihak berwajib lain, termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital serta CyberSecurity Malaysia dalam siasatan menyeluruh yang sedang dijalankan.

“Kita juga sedang berusaha untuk mengenal pasti maklumat yang diakses secara haram dan akan memaklumkan pelanggan yang terjejas,” katanya.

Advertisements

Pada masa sama, AKPK akan terus mengurangkan impak pencerobohan dan meneruskan jangkauan secara terus dan berkomunikasi dengan semua pelanggan.

“Kakitangan AKPK akan membantu pelanggan dengan memberi nasihat untuk menangani perkara berkaitan dengan pencerobohan itu. Kita juga secara berperingkat dalam proses menghidupkan semula sistem dan memaklumkan sebarang kemas kini rasmi sewajarnya,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, AKPK bertindak menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang risiko seterusnya, selepas sistem teknologi maklumatnya diceroboh.

Pelanggan AKPK boleh menghubungi pusat panggilan khusus di nombor 03-26167766 atau https://www.akpk.org.my/branches untuk maklumat mengenai cawangan AKPK yang terdekat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan