24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Remaja perempuan lemas di Jeram Lata Changkah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan disahkan meninggal dunia di Jeram Lata Changkah, Setiu, Terengganu, tengah hari tadi.

Tragedi malang menimpa itu semasa mangsa bersama enam lagi saudaranya mandi-manda sempena cuti umum Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, Nor Alia Farhana Mat Zaid, 19, yang berasal dari Felcra Seri Bandi, Kemaman, disahkan meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berkunjung rumah bapa saudaranya di Kampung Rahmat, Chalok.

“Dia bersama bapa saudaranya yang merupakan pesara polis dan lima sepupu perempuannya kemudiannya pergi berkelah di Jeram Lata Changkah.

“Tidak lama kemudian, mangsa dikatakan tiba-tiba lemas sebelum tenggelam ke dalam dasar sungai,” katanya, hari ini.

Advertisements

Afandi berkata, pesara polis dan beberapa pengunjung lain cuba menyelamatkan Nor Alia Farhana dengan membawanya keluar dari dasar sungai itu.

Menurutnya, gadis tersebut kemudiannya telah dibawa naik ke tebing sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematiannya.

“Mayat mangsa yang merupakan anak ketiga dari enam beradik telah dibawa keluar dari kawasan perkelahan untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini pada pukul 14.15 petang.

“Hasil bedah siasat mengesahkan lemas sebagai punca kematian sebelum jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan pada pukul 6.30 petang,” katanya

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan