27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pelanggan terkejut beli sup perut RM20 berisi najis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMAK ke najis?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran seorang individu yang terkejut apabila hidangan sup perut yang dibeli berharga RM20 di salah sebuah kedai berbau busuk setelah dipanaskan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik salah seorang pengguna laman Twitter, dia mendakwa dua ketul perut yang dibeli seakan najis.

Lebih menyakinkan apabila najis berkenaan jelas kelihatan dan bahan makanan tersebut tidak dibersihkan dengan teliti.

Dia kemudiannya telah menghubungi peniaga berkenaan untuk memberitahu mengenai kualiti makanan yang dibeli dipenuhi najis, namun peniaga terbabit mendakwa itu cuma kandungan lemak yang terdapat di dalam perut sahaja.

Advertisements

Tambahnya, sebagai pelanggan dia juga tahu untuk membezakan antara lemak dan najis.

Perkongsian ciapan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-rata turut marah dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

“Takkanlah orang tidak tahu beza najis atau lemak kan? Perut memang kena cuci dan direbus dengan lama untuk menghilangkan bau busuk itu,” kata seorang pengguna.

“Aku yang baca pun dapat bayangkan rasa nak termuntah bau sup itu apatah lagi kalau nak makan,” kata Farhan Amzar.

“Hantar balik kepada peniaga itu, suruh dia makan ‘lemak’ ini,” komen pengguna lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan