26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PRN: PH lancar lagu rap bagi kempen di Kelantan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan telah melancarkan kempen di media sosial dengan memuat naik sebuah klip video dan lagu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lagu yang mengetengahkan elemen dikir barat itu dikongsikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad selaku penerbit klip video melalui hantaran di Facebook pada Selasa.

Muzik video itu membawa tema “Mari Kito Pakat Tukar” mempunyai unsur muzik gamelan tradisional, pop-beat, dan hip-hop.

Selain itu, muzik video itu memaparkan cabaran yang terpaksa diharungi oleh rakyat di Kelantan seperti kekurangan bekalan air bersih, dan kesukaran golongan muda-mudi untuk mendapatkan pekerjaan.

Advertisements

Oleh itu, ia mengajak para pengundi supaya memilih warna merah merujuk kepafa PH dan bukan lagi hijau yang sinonim dengan PAS untuk membawa negeri Kelantan ke tahap yang lebih maju setanding negeri-negeri lain.

Video lagu yang berdurasi 3.09 minit itu turut dimuat naik di laman YouTube dan tinjauan Edisi 9 mendapati telah mencecah 11 ribu tontonan.

Sebelum ini, lagu ‘Hoi Ya Hoi’ digunakan dalam setiap kempen PH di Pilihan Raya Umum ke-15 lalu untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan bertemakan perjuangan melawan kumpulan perompak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan