Monday, July 20, 2026

West Ham juara Piala FA Remaja, belasah Arsenal 5-1

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

WEST Ham menamatkan kemarau 24 tahun memenangi gelaran Piala FA Remaja buat kali pertama selepas membelasah Arsenal 5-1 dalam aksi final di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Omari Benjamin meletakkan skuad B-18 Arsenal di hadapan dengan jaringan seawal minit ketujuh.

George Earthy kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi ledakannya daripada penjuru kawasan penalti.

The Hammers berada di depan menerusi jaringan Callum Marshall, yang tenang menyudahkan umpanan Gideon Kodua dua minit kemudian.

Kodua turut mencipta nama selaku penjaring untuk meletakkan West Ham berkelebihan dua jaringan pada separuh masa pertama.

Kaelan Casey menjaringkan gol keempat West Ham pada minit ke-79 dengan menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Ollie Scarles.

Pemain gantian, Josh Briggs, melengkapkan kemenangan bergaya West Ham pada penghujung permainan.

Untuk rekod, kali terakhir West Ham menjuarai kejohanan itu adalah pada tahun 1999 menewaskan Coventry 9-0 dalam dua perlawanan aksi timbal balik. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan