26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Takbir raya: PN minta kerajaan, TV3 beri penjelasan jujur

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan stesen televisyen TV3 membatalkan slot takbir raya gabungan itu pada saat-saat akhir minggu lalu.

Timbalan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu menggesa kerajaan melalui Kementerian Komunikasi Digital (KKD) serta pihak pengurusan TV3 bersikap jujur bagi menjelaskan isu ini.

Ujar Takiyuddin lagi, alasan timbul “masalah teknikal” tidak boleh diterima memandangkan pihaknya dimaklumkan pembatalan lima minit sebelum siaran melalui kiriman e-mel.

”Meskipun dalam e-mel yang dihantar kira-kira lima minit sebelum takbir berkenaan dijadual disiarkan, pihak TV3 memberitahu bahawa langkah itu terpaksa diambil kerana “masalah teknikal” sekali gus berjanji akan memulangkan bayaran yang telah dibuat oleh PN sebelum itu.

“Namun, sebagai sebuah televisyen ternama dan veteran dalam dunia penyiaran negara, PN beranggapan insiden itu tidak harus berlaku sama sekali. 

“Malah alasan “masalah teknikal” sebagai punca pembatalannya juga amatlah janggal dan tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin juga memohon KKD yang diterajui Menterinya, Fahmi Fadzil dan TV3 tampil menafikan sebarang campur tangan politik untuk mensabotaj takbir raya pembangkang kepada rakyat.

“Integriti TV3 dan KKD sangat bergantung kepada kesediaannya untuk bersikap telus dan profesional, terutama dalam menghormati kontrak dan janji yang dibuat secara sah dan formal,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan