25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: City terus mengejar Arsenal

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City meranapkan impian Arsenal dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2022/2023 setelah menumbangkan The Gunners 4-1 di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Benteng pertahanan Arsenal dilihat tempang tanpa William Saliba masih lagi berehat akibat kecederaan dalam perlawanan ini.

Kelemahan ini dimanfaatkan City menerusi gol Kevin de Bruyne pada minit ketujuh selepas menerima hantaran jauh daripada Erling Haaland.

Pasukan pelawat yang dibimbing Mikel Arteta cuba bangkit namun tuan rumah terus mendominasi perlawanan.

John Stones terus menghukum Arsenal melalui jaringan di minit ke-38 setelah disahkan pembantu pengadil video (VAR) mendapati pertahanan tengah itu berada pada kedudukan onsaid.

Arsenal meningkatkan serangan pada separuh masa kedua untuk memburu gol namun Arsenal terus dibolosi lagi buat kali ketiga menerusi de Bruyne pada minit ke-54.

Advertisements

Kesilapan kapten Arsenal, Martin Odegaard mengawal bola mengundang oadah yang pantas dicuri Haaland untuk melorong bola ke de Bruyne sekaligus menewaskan Ramsdale.

The Gunners meraih gol saguhati menerusi Rob Holding pada minit ke-85.

Haaland menambah derita pelawat dengan gol keempat pada minit ke-95. 

Kemenangan besar ini ini memastikan City hanya dipisahkan dua mata dengan Arsenal.

Citizens boleh memintas Arsenal dengan memenangi dua perlawanan berbaki untuk membawa kelebihan empat mata bagi merangkul kejuaraan.

City akan menentang Fulham di Craven Cottage pada 30 April ini manakala Arsenal akan meneruskan sisa perjuangan mereka dengan melayan kunjungan Chelsea di Stadium Emirates pada awal pagi 3 Mei. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan