27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Chelsea catat kekalahan kelima berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPULANGAN Frank Lampard ke Stamford Bridge sebagai pengurus interim disifatkan sebagai satu bencana selepas Chelsea tewas kali kelima berturut-turut di bawah kendalian lagenda kelab London itu.

Terbaharu, The Blues tewas 0-2 kepada Brentford di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Pemilihan kesebelasan utama Lampard mendapat kritikan penyokong di media sosial sebelum perlawanan kerana tiada penyerang disenaraikan dan keputusan pelik meletakkan Connor Gallagher dan N’Golo Kante di posisi menyerang.

Chelsea yang mendominasi penguasaan bola hampir 73 peratus gagal menghasilkan sebarang gol sebaliknya pelawat memperoleh jaringan pada minit ke-37 menerusi gol sendiri Cesar Azplicueta.

Bryan Mbuemo mengesahkan kemenangan skuad The Bees pada minit ke-78 hasil gerakan serangan balas.

Advertisements

Keputusan itu menyaksikan Lampard di ‘boo’ penyokong ekoran kegagalan meraih sebarang mata sejak mengambil-alih Chelsea.

Disebalik status lagenda kelab, Lampard kini mencatat sejarah sebagai pengurus pertama The Blues tewas lima perlawanan pertama dalam 118 tahun sejarah kelab.

Lampard dipetik daripada BBC Sport berkata, dia faham perasaan penyokong ketika ini.

“Saya kenal sangat dengan penyokong dan mereka akan kekal menyokong pasukan. Mereka rasa kecewa kerana telah terbiasa dengan kejayaan yang sentiasa kami tempa sebelum ini.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang pemain menunjukkan peningkatan. Brentford hanya rekod satu percubaan tepat dan jaringkan dua gol,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan