32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

8,207 karton rokok seludup dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEGIATAN satu sindiket menjadikan sebuah rumah di Kepong Baru, Kuala Lumpur sebagai tempat menyimpan rokok seludup terbongkar apabila diserbu pukul 11 pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah itu telah merampas 8,207 karton rokok pelbagai jenama disyaki tanpa cukai.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 55 tahun.

“Kita merampas sebanyak 8,207 karton rokok pelbagai jenama, sebuah telefon bimbit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,022,632.20,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Sinar Harian.

Zulkifli berkata, sindiket pengedaran rokok tidak bercukai itu menyewa kediaman untuk dijadikan sebagai stor penyimpanan rokok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan