27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mustapa dedah kos sediakan dokumen RMK-12 RM4.2 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kos sebenar bagi menyediakan dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah berjumlah RM4.2 juta, kos yang tidak didedahkan sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Mustapa berkata, jumlah itu jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak membelanjakan sehingga RM2 bilion seperti yang didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ingin menegaskan bahawa RMK-12 tidak disediakan oleh perunding asing tetapi pegawai Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan kerjasama kementerian, agensi serta sokongan beberapa pihak berkepentingan lain,” katanya ketika sesi penggulungan RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga mendapat khidmat nasihat dari Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), perunding tempatan serta bekas pegawai kanan EPU untuk menyemak konsistensi serta menambah baik gaya, bahasa dan kaedah penyampaian dokumen agar lebih mudah difahami.

“Penyediaan dokumen RMK12 hanya melibatkan kos yang amat kecil termasuk perbelanjaan libat urus, percetakan dan perunding media iaitu RM4.2 juta dan bukan RM2 bilion.

“Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Port Dickson bahawa sebanyak RM2 bilion dibelanjakan untuk menyiapkan RMK12 adalah tidak berasas,” katanya.

Pada 28 September lalu dalam satu kenyataan, Mustapa memberitahu, kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menjelaskan, buku itu disediakan oleh para pegawai Unit Perancangan Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Perancangan pembangunan negara untuk lima tahun ini disedaikan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah seliaan saya, hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak.

“Penyediaan RMK-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan