31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebaliknya menjelaskan, buku itu disediakan oleh para pegawai Unit Perancangan Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Perancangan pembangunan negara untuk lima tahun ini disedaikan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah seliaan saya, hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak.

“Penyediaan RMK-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mustapa berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelak persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan.

Semasa membahas RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyebut: “… kita boleh belanja bilion ringgit untuk konsultan.

Baca juga:   Pembangkang bawa usul isu lawatan PM ke Arab Saudi

“Saya difahamkan 5-6 tahun dulu, sudah belanja RM1.8 bilion. Jadi saya nak tanya, lebih daripada RM2 bilion telah diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK-12 ini.” – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan