Sunday, June 21, 2026

PM yakin KSP RMK-12 pacu negara lebih seimbang, mapan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

DATUK Seri Anwar Ibrahim yakin Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dapat memacu pertumbuhan negara yang lebih seimbang dan mapan di masa hadapan.

Menurut Perdana Menteri, ini kerana dasar-dasar dan inisiatif yang akan diumumkan bukan sahaja dibentuk daripada pemikiran kementerian-kementerian.

Malahan, beliau berkata, ia juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta semua negeri.

“KSP RMKe-12 adalah satu lagi tindakan kerajaan dalam menjelmakan agenda Ekonomi Madani yang saya usulkan.

“Ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai Madani,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi Facebook beliau malam tadi.

Anwar Ibrahim bersama Rafizi Ramli dalam mesyuarat mengenai Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Putrajaya.

Perdana Menteri dijadualkan membentang KSP RMK-12 di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

Sebelum itu, Anwar menerima dokumen kajian tersebut daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Putrajaya. Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifar Hajar Taib dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

RMK-12 bermula tahun 2021 yang mana penyediaannya sangat mencabar berikutan pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi serta perdagangan dunia yang dibentangkan di Parlimen pada 27 September tahun tersebut.

RMKe-12 merupakan bahagian terakhir dalam pelan pemulihan negara di bawah pendekatan 6R iaitu reform.

Ini bagi memastikan Malaysia berada pada landasan yang kukuh bukan sahaja dalam menangani isu dan cabaran sosioekonomi semasa kesan pandemik COVID-19, tetapi juga untuk mencapai pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang mampan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan