26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Polis siasat dakwaan kebocoran data 4 juta rakyat Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dalang serta punca kebocoran data milik 4 juta rakyat Malaysia yang kini didakwa dijual secara dalam talian.

Memetik laporan Kosmo! Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada Timbalan Ketua Pengarah JPN berhubung perkara tersebut di Balai Polis Presint 7, Putrajaya semalam.

“Susulan laporan yang diterima, satu kertas siasatan berhubung kejadian telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan pihak polis sedang meneliti dakwaan penggodaman tersebut.

“Siasatan dilakukan bagi mengesahkan berlaku penggodaman atau tidak pada sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kita mahu sahkan dari mana kebocoran itu berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Balai Polis Jinjang di sini hari ini sewaktu memaklumkan tentang kejayaan pihak polis menumpaskan satu sindiket penipuan pembelian barangan tukar ganti kenderaan yang dikenali dengan nama ‘Fly By Night’.

Baca juga:   PM mahu usaha lebih giat majukan industri buku tempatan

Menurut beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan adanya pembabitan orang dalam sebagai dalang namun siasatan akan dibuat secara menyeluruh dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Siber Sekuriti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

“Data-data ini milik kita, kalau ianya tersebar luas macam-macam boleh terjadi terutamanya di masa kini yang terdapat banyak ‘scammer’.

Baca juga:   Ibu hamil cedera digigit anjing

“Pihak polis juga kini sedang berusaha untuk menyekat penjualan data berkenaan, kemudian kita akan mengenal pasti dalang yang terlibat dalam kegiatan ini,” tegas beliau.

Difahamkan, seorang pengguna laman sosial Twitter dengan nama @xanda menyuarakan kebimbangan apabila data milik 4 juta rakyat Malaysia dikesan diiklankan di forum jual beli online pada harga Rm32,000 atau 0.2 Bitcoin.

Kesemua data tersebut didakwa diperolehi daripada JPN menerusi Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi (API) myIDENTITY.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan