24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

HQA terima 4,883 permohonan dalam tempoh seminggu

Daripada jumlah tersebut, 1,741 (35.7%) permohonan telah diproses, sebanyak 1,612 (33%) telah diberi kelulusan untuk menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Portal permohonan kuarantin di rumah (Home Quarantine Application – HQA) telah menerima sebanyak 4,883 permohonan lengkap daripada pengembara setelah seminggu dilancarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,741 atau 35.7 peratus permohonan telah diproses dan sebanyak 1,612 (33 peratus) telah diberi kelulusan untuk menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

“Daripada sejumlah 5,947 individu pemohon tersebut, kebanyakannya melibatkan pemohon warganegara Malaysia iaitu seramai 3,921 orang (65.9 peratus), diikuti oleh bukan warganegara 1,910 orang (32.1 peratus) dan pemastautin tetap Malaysia iaitu sebanyak 116 orang (2.0 peratus).

“Walau bagaimanapun, sistem permohonan atas talian ini masih dalam proses peralihan dan dijangkakan portal ini akan digunakan secara sepenuhnya mulai Oktober 2021,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, KKM mensasarkan lebih banyak permohonan akan dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari tiga hari selepas ini.

“Sistem ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa, dan KKM mengucapkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan cadangan yang telah diberikan.

Advertisements

Selain itu, kata beliau, KKM ingin menasihati semua pemohon yang telah diberikan kemudahan tersebut agar mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin di rumah sepenuhnya agar dapat mengurangkan risiko daripada menyebarkan penyakit COVID-19 kepada keluarga dan komuniti.

“Perihal ini amat penting bagi mengelakkan penularan varian-varian yang baharu terutamanya Variant of Concern (VOC) atau Variant of Interest (VOI) ke dalam negara.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan proses pembukaan semula dengan selamat (reopening safely),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah melancarkan Portal Home Quarantine Application (HQA) pada 20 September 2021 yang lalu sebagai salah satu persiapan menghadapi pertambahan kemasukan pengembara dari luar negara atas pelbagai tujuan.

Portal khas ini diwujudkan bagi memudahkan urusan permohonan kuarantin di rumah atau tempat kediaman kepada pengembara dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui pelbagai Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Menerusi Portal HQA ini, pemohon perlu mengemukakan permohonan di antara tujuh hari ke 10 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan