23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Inisiatif RMK-12 perlu disemak, kenal pasti kelemahan – Zahid

Mesti Baca

SEGALA inisiatif yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) perlu disemak bagi mengenal pasti pencapaian, jurang, serta ruang untuk memperbaiki kelemahan dalam perkhidmatan kepada masyarakat desa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting sebagai persediaan menuju ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang memerlukan perancangan lebih berani dan radikal.

“Honesty is the best policy (kejujuran adalah pendekatan terbaik dalam kehidupan). Kita mesti berani menerima hakikat, mengakui kelemahan, dan memperbaiki apa jua kesilapan.

“Indeks Prestasi Utama (KPI) yang kita tetapkan setiap tahun mestilah berpandukan kepuasan rakyat, kerana kita semua berkhidmat untuk mereka dan demi masa depan mereka,” katanya lapor Bernama.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikin ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) dan Pelan Strategik Kementerian 2025 akan disemak semula bagi memastikan pelaksanaanya selari dengan fokus RMK-13.

Beliau berkata, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut diarahkan untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap penyediaan keperluan asas, kemudahan asas, dan usaha memangkin sosioekonomi kawasan pedesaan.

“Dapatan ini sangat penting untuk memastikan perancangan kita kekal relevan dan dan memberikan impak yang lebih besar,” katanya.

Advertisements

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa warga KKDW dan agensi di bawahnya perlu mengadaptasi pemikiran strategik melalui pendekatan rentas fungsi bagi mengelakkan pertindihan peranan, meningkatkan kecekapan, dan mengoptimumkan penggunaan sumber secara lebih efektif.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan dilaksanakan melalui tiga kluster utama, iaitu Kluster Modal Insan, Kluster Ekonomi dan Kluster Usahawan.

“Kita perlu menggembleng seluruh kekuatan setiap organisasi yang memiliki pelbagai kemahiran dan pengalaman bagi mencapai satu matlamat bersama,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata, KKDW akan memperluaskan pendekatan pemikiran strategik dan rentas kefungsian (cross-functional) sebagai asas dalam pelaksanaan kerja selepas ini.

Beliau berkata, pendekatan itu akan disokong dengan penggunaan teknologi seperti papan pemuka KKDW, bank data dan pemetaang digital yang memastikan pelaksanaan projek menjadi lebih telus, adil dan berfokus.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama dengan badan penyelidikan bebas untuk menilai tahap kepuasan rakyat terhadap gerak kerja yang dilaksanakan.

“Ini penting untuk memastikan perancangan kita kekal relevan dan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat desa.

Success is not a destination, but a journey without an end. Saya yakin KKDW mampu mencipta perubahan yang lebih besar dan mencorakkan masa depan yang lebih cerah buat masyarakat desa,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan