28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Semua pihak diseru ganding bahu depani cabaran – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak berganding bahu ketika negara berdepan dengan cabaran ekonomi dan kesihatan ketika ini.

Beliau berkata, segala perbezaan yang ada seharusnya menjadi kelebihan dan bukannya kelemahan.

“Dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini, sebagai Keluarga Malaysia, kita perlu berganding bahu untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dalam norma baharu.

“Apa jua perbezaan, kita jadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, kita jadikan sebagai sumber kekuatan.

“Kita jalin dan kukuhkan kembali perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar,” katanya, lapor Astro Awani.

Mengulas tema Maulidul Rasul Kebangsaan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, Ismail Sabri berkata ia membawa mesej kepada norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan Insani.

Baca juga:   PBB tuduh Qatar beri layanan buruk 2 juta buruh Asia, Afrika

Menurut beliau, ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran di samping 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah.

“Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan, Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang mana perpaduan dan integrasi nasional telah lama diamalkan di negara ini termasuk dalam sambutan Maulidur Rasul.

“Ia dilakukan melalui penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul kepada insan yang banyak berbakti kepada masyarakat merentasi agama dan bangsa,” katanya dalam Perutusan Khas sempena sambutan Maulidul Rasul peringkat kebangsaan 2021 pagi tadi.

Baca juga:   Lancar jentera PRN Melaka: BN dikompaun RM10,000

Tambah beliau, ia secara langsung menyumbang ke arah melahirkan generasi Malaysia yang memiliki semangat perpaduan dan kebersamaan serta saling hormat menghormati selari dengan konsep Keluarga Malaysia.

Malah, katanya, Rasulullah ialah model dalam mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan.

Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.

Islam juga, katanya, merupakan agama yang terbangun di atas prinsip memuliakan manusia atau takrim al-insan.

“Ia juga selari dengan Perlembagaan Persekutuan antaranya Perkara 12 yang memberikan hak asasi untuk semua warganegara mendapat pendidikan tanpa sebarang diskriminasi sama ada atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir,” kata perdana menteri lagi.-Edisi 9

Baca juga:   Kertas siasatan kes polis iring anak ahli Parlimen diserah kepada TPR

Wartawan

Terkini

Kes denggi meningkat 119% tahun ini – Dr Noor Hisham

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh minggu epidemiologi ke-39 tahun ini iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan