34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rumah terbakar, lelaki ditemui rentung dalam bilik air

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditemukan rentung di dalam bilik air selepas rumah teres dua tingkat di Taman Sri Petaling, Kuala Lumpur, terbakar, awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada 1.11 pagi.
Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Mohd Haikal Md Kasri berkata, pasukan operasi terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, balai bantuan BBP Seputeh dan BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 18 anggota.

Menurutnya, sebaik tiba anggota terus menjalankan operasi pemadaman.

“Pada 2 pagi kebakaran dapat dikawal dan padam sepenuhnya pada 3.11 pagi.

“Sebaik api dipadamkan, bomba menemui mayat lelaki berusia 54 tahun dalam keadaan rentung di bilik air bahagian atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan