29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pelajar, rakan ditahan bawa 96 bungkus air ketum

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Polis menahan seorang pelajar di sebuah institusi kemahiran dan rakannya selepas dipercayai membawa 96 bungkus air ketum di dalam kereta dipandunya di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pelajar berkenaan berusia 20 tahun manakala rakannya yang berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 6.18 petang.

“Mereka dikesan memandu sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dalam keadaan mencurigakan semasa tiba di jambatan berkenaan.

“Ketika itu, kereta yang dinaiki suspek sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke ke Salor, Kota Bharu.

“Apabila tiba di jambatan itu, polis telah menahan kereta dan membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek, namun tidak menjumpai barang salah,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta polis telah menjumpai 16 bungkus plastik lutsinar dipercayai mengandungi air ketum yang diletak di tempat letak kaki penumpang belakang.

“Polis terus menjalankan pemeriksaan di dalam but kereta itu sebelum menemui 80 bungkus lagi bungkusan sama,” katanya.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati pelajar itu positif dadah jenis benzo iaitu sejenis ubat penenang manakala rakannya negatif.

Menurutnya, kedua-dua suspek dan semua barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan