Monday, June 15, 2026

PM bakal umum rentas negeri petang ini?

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan mengadakan sidang media khas yang bakal disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang ini.

Sidang akhbar itu boleh disaksikan menerusi beberapa platform, antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, Alhijrah dan di laman Facebook.

Antara jangkaan pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri ialah pengumuman berkenaan kebenaran rentas negeri memandangkan kadar vaksinasi dewasa telah mencecah 89.7 peratus semalam.

Sebanyak 0.3 peratus sahaja lagi diperlukan bagi mencapai syarat kadar vaksinasi 90 peratus ditetapkan sebelum kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan