28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pekerja kedai perabot ditemui mati dengan kesan tetak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pekerja kedai perabot ditemui mati dengan beberapa kesan tetak di badannya di sebuah rumah di Taman Serdang Utama di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kes itu pada pukul 6.07 petang.

Menurutnya, lelaki berusia 43 tahun itu ditemui di bilik rumah berkenaan dalam keadaan terbaring dan ada kesan darah pada kepala dan badannya.

“Terdapat beberapa kesan tetakan pada kepala, rusuk kanan, belakang badan, dan kedua-dua belah lengannya.

“Mangsa yang masih bujang itu telah menyewa di bilik rumah tersebut sejak lima tahun lalu. Dalam rumah itu terdapat beberapa bilik yang dibuat dan disewakan kepada penyewa dengan menggunakan papan sebagai dinding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Anbalagan berkata, setakat ini, tiada saksi nampak kejadian tersebut

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Hannah seru henti sebar versi tidak tepat keadaan Faisal

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan pelbagai versi tidak tepat mengenai keadaan Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan