29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rentas negeri: Sasaran lengkap divaksin 0.3 peratus lagi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hanya berbaki 0.3 peratus sahaja lagi sebelum peratus populasi dewasa yang sudah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 mencapai 90 peratus.

Sehingga 11.59 malam tadi, sebanyak 89.7 peratus populasi dewasa atau 21,003,074 orang sudah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (9 Oktober).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan menerusi portal Covidnow, sebanyak 94.7 peratus atau 22,176,018 individu bagi populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 83,443 dos suntikan vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa membabitkan 8,236 suntikan dos pertama, manakala 75,207 lagi dos kedua.

Advertisements

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lalu meningkat kepada 43,067,793.

Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam, sebanyak 204,536 atau 6.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin manakala 71.5 peratus atau 2,248,867 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 September, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

-tamat-

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan