25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 19, 2022

Terlalu banyak parti politik buatkan rakyat muak – Zahid

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kewujudkan terlalu banyak parti politik menyebabkan rakyat muak dengan kepelbagaian ideologi dan perbezaan pendapat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, malah kesannya akan membawa ekonomi negara terus berada dalam keadaan tidak menentu.

Beliau berkata, landskap politik negara seharusnya terus maju ke hadapan dengan mengelakkan penambahan parti politik dan mengurangkan perbezaan ideologi serta pendapat.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seseorang itu bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan, pertubuhan mahupun parti politik.

“Tapi kita harus lihat jika negara kita mempunyai terlalu banyak parti politik, akan menimbulkan kepelbagaian dan tidak ada satu parti dominan yang menulang belakangi sistem demokrasi bagi membentuk kerajaan,” katanya hari ini.

Beliau mengulas usaha Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu menghidupkan semula ‘UMNO lama’ selain penubuhan sebuah parti baharu dinamakan Parti Kuasa Rakyat.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan ahli-ahli dalam kalangan semua peringkat usia, termasuk kalangan veteran.

Baca juga:   Pembukaan sempadan diputuskan Perdana Menteri

Justeru, katanya, jika terdapat sebarang perbezaan pendapat ia perlu diraikan oleh setiap kepemimpinan parti dan bukannya berusaha menghidupkan UMNO lama yang sudah diharamkan pada 1988.

“Saya tidak fikir perlunya semangat untuk hidupkan sesuatu parti yang telah diharamkan pada 1988. Semangat itu perlu disuntik dalam UMNO yang sekarang.

Baca juga:   UMNO Sabah, hayati sejarah Perang Uhud

“Mari kita berpadu supaya kita dapat bergerak dalam landasan yang sama. Bukan UMNO, Barisan Nasional sahaja harus diperkukuhkan tapi tiba masanya kita hentikan perbezaan ideologi politik demi negara tercinta,” katanya.

Untuk rekod, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li telah menubuhkan parti Semangat 46 selepas tewas dalam perebutan jawatan presiden UMNO pada 1988 yang menyaksikan parti keramat itu diharamkan.

Bagaimanapun Semangat 46 akhirnya dibubarkan pada 1996 dan sebahagian besar ahlinya kembali ke pangkuan UMNO. – Edisi 9

Terkini

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati...

Lagi Artikel Berkaitan