30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ayah OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak OKU

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Penjaja kudung tangan dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, hari ini atas pertuduhan merogol anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU), 18 Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, 50, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya, 16, di rumah di Kuala Krai, 11.59 malam 18 Ogos 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang tidak boleh bergerak kedua-dua kakinya mengatakan bahawa dia dirogol oleh tertuduh pada Mac 2017 iaitu seminggu selepas kematian ibu tirinya.

Sejak daripada itu, mangsa mengatakan dia kerap dirogol oleh bapanya dan kejadian lebih 30 kali di dalam bilik tidurnya.

Berdasarkan siasatan, terdapat rakaman video tertuduh sedang merogol mangsa yang dirakam sendiri oleh remaja itu menerusi telefon bimbitnya. Video itu jelas menunjukkan bahawa tertuduh merogol mangsa tanpa kerelaannya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa memohon mahkamah memberi hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang sanggup melakukan perbuatan itu terhadap anaknya yang juga OKU fizikal.

“Tertuduh sepatutnya melindungi anaknya dan bukan melakukan perbuatan keji terhadap remaja itu,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan kerana hanya bergantung kepada pendapatan sebanyak RM300 sebulan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 sebatan terhadap tertuduh.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan