24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kes harian Covid-19 kembali ke paras bawah 5,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian kembali turun bawah 5,000 dengan 4,979 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,471,642 kes.

Untuk rekod, hanya pada 25 Oktober lalu jumlah kes harian Covid-19 di bawah 5,000 kes iaitu 4,782 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Noor Hisham turut berkongsikan
kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.96.

Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur mencatatkan Rt di paras tertinggi iaitu 1.02, diikuti Melaka Dan Putrajaya 0.97.

Sabah dan Selangor pula mencatatkan Rt 0.95; Kedah dan Pahang (0.94); Perlis (0.92); Johor dan Terengganu (0.87); Pulau Pinang dan Kelantan (0.86); Perak (0.84); dan terendah nilai Rt ialah Sarawak (0.83).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan