32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jasa Masing kepada negara, Sarawak tak terhitung – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMERGIAN Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing sangat dirasai kehilangannya lebih-lebih lagi jasa mendiang kepada negara dan khususnya, Sarawak tidak terhitung nilainya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), mendiang adalah seorang tokoh politik yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan menjunjung integriti, bekerja keras bagi kemajuan serta kemakmuran negara dan negeri Sarawak.

“Saya merasa amat sedih dan hiba menerima berita pemergian Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi hari ini di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

“Jasa bakti beliau kepada negara dan negeri Sarawak khususnya, adalah tidak terhitung nilainya dan sudah pasti kehilangannya amat dirasai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, PN amat menghargai sumbangan mendiang sebagai seorang negarawan berjiwa besar yang banyak membantu mengukuhkan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan negara.

“Saya yang secara peribadinya telah kehilangan seorang sahabat baik, berharap seluruh ahli keluarga mendiang agar dapat tabahkan hati menghadapi saat yang menyedihkan ini.

Terdahulu, Masing dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi akibat komplikasi Covid-19 di usia 72 tahun.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.28 September lalu, Masing dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19.

Masing dilaporkan telah ditidurkan selepas komplikasi semakin teruk di Hospital Umum Sarawak dan kemudian dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan