25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

32 individu dikompaun RM64,000 sertai ‘private party’

Mereka menyewa sebuah banglo RM1,600 sehari untuk mengadakan majlis hari jadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 32 individu dikenakan kompaun sebanyak RM64,000 selepas menyertai parti persendirian (private party) di sebuah banglo di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan telah dilakukan pada pukul 10 malam selepas polis menerima aduan berhubung aktiviti private party di banglo berkenaan.

Menurutnya, serbuan telah dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat polis Daerah Brickfields.

“Hasil serbuan, seramai 32 individu warga tempatan dan seorang lelaki warga asing dipercayai penjaga rumah sedang mengadakan sambutan majlis hari jadi.

“Kesemua 32 individu yang hadir berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dan telah menyewa banglo berkenaan dengan harga RM1,600 sehari untuk dua hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Bob Lokman akui kesal jadi perokok tegar

Amihizam berkata, semakan mendapati, kesemua mereka tiada rekod jenayah namun hasil ujian awal air kencing mendapati seorang lelaki dan wanita yang menyertai parti berkenaan didapati positif dadah.

Menurutnya, kesemua individu yang ditahan telah diberikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara dan SOP Majlis Keselamatan Negara sebanyak RM2,000 seorang menjadikan keseluruhan nilai kompaun sebanyak RM64,000.

Amihizam turut memberitahu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung private party berkenaan dan segala kerjasama diberikan amat dihargai.

Baca juga:   PRN Johor: Wartawan dikenakan kompaun langgar SOP

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan