28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tourism Malaysia tawar e-baucar taman tema RM400,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TOURISM Malaysia menawarkan e-baucar bernilai RM400,000 kepada pengunjung di negara ini dalam kempen Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair yang bermula semalam hingga 10 Disember ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pengunjung taman tema boleh menebus e-baucar yang diperuntukkan menerusi kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) itu.

Menurutnya, menerusi tawaran berkenaan membolehkan pengunjung menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

“Penebusan e-baucar tunai bernilai RM10 setiap satu boleh dibuat dengan melayari laman sesawang MATFA di matfa.org.my bermula 30 Oktober berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.

“Program kerjasama itu selari dengan Pelan Pemulihan Pelancongan bertujuan menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nancy berkata, dianggarkan sekurang-kurangnya 40,000 rakyat negara ini bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen ini.

Menurutnya, pada masa sama, MATFA optimis meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen berlangsung.

Sementara itu, Nancy berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meminta semua operator taman tema yang terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen boleh dibuat dengan melayari laman sesawang matfa.org.my atau www.malaysia.travel,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan