27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Mendiang meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching pukul 7 pagi ini aklibat komplikasi COVID-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi akibat komplikasi Covid-19 di usia 72 tahun.

Memetik laporan Bernama, mendiang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.

28 September lalu, Masing dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19.

Masing telah ditidurkan selepas komplikasi semakin teruk di Hospital Umum Sarawak dan kemudian dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah.

Timbalan ketua menteri Sarawak itu juga merupakan presiden Parti Rakyat Sarawak. Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri Baleh (ADUN) sejak tahun 1983.

Beliau mempertahankan kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal atas lambang PRS dan sebelumnya bersama Parti Bangsa Dayak Bersatu.

Baca juga:   6,144 kes baharu harian COVID-19 hari ini

Beliau juga memegang portfolio menteri pembangunan infrastruktur dan pembangunan selain pernah menjadi menteri kemajuan tanah, menteri pembangunan sosial dan urbanisasi serta menteri pelancongan.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menzahirkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Sarawak kehilangan seorang anak Sarawak yang sangat berdedikasi dengan menyerahkan seluruh hidup nya untuk memberi perkhidmatan dan berjuang untuk Sarawak.

“Saya berbesar hati untuk menjadi rakan sekerjanya, kawan dan mendapat kelebihan daripada kebijaksanaan, jenaka, kemesraan beliau (mendiang) selama ini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Agong bincang kerjasama ketenteraan Malaysia-UAE

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral...

Lagi Artikel Berkaitan