31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sakit perut nak bersalin bongkar kejadian dirogol abang kandung

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun berdepan detik hitam selepas dirogol abangnya sehingga hamil dalam kejadian di daerah Dungun, Terengganu.

Perbuatan suspek berusia 18 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang mengalami sakit perut dikejarkan ke Hospital Dungun jam 1.15 pagi semalam.

Memetik laporan Metro Online, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang mengalami sakit perut dihantar ke Hospital Dungun sebelum pemeriksaan mendapati remaja itu hamil dan akan bersalin.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bayi yang berada dalam kandungan mangsa lemas sebelum dia dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa dirujuk ke Wad Bersalin HSNZ dan selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal.

“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol suspek sejak awal Januari tahun lalu hingga September lalu.

“Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan