24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

35 kes aktif baharu setakat semalam – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES aktif menunjukkan pertambahan dengan sebanyak 35 kes dilaporkan berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Pertambahan kes aktif berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif negara adalah sebanyak 73,258 kes.

Ia melibatkan sebanyak 56,484 kes dikuarantin di rumah dan 9,580 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Terdapat 6,610 kes di hospital, 279 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 305 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, mengenai pemberian dos penggalak COVID-19, jumlah pemberian terus meningkat dengan sebanyak 22,692 dos  diberikan kepada kumpulan sasar.

Dengan pertambahan dos penggalak tersebut menjadikan jumlah kumulatif terkini mencecah 146,469 dos.

Advertisements

Sementara, sebanyak 181,160 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 49,434,613 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan sejumlah 136,290 lengkap divaksin dan 22,178 bagi suntikan dos pertama.

Ini sekali gus menjadikan 24,042,758 atau 73.6 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 77.8 peratus pula belum lengkap divaksin dan 22.2 peratus lagi tiada vaksinasi.

Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 5,711 kes harian dilaporkan, semalam, dengan 84 kematian termasuk 20 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan korban telah mencecah 28,576 kes, dengan 5,771 kematian BID. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan