33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

KPM pandang serius dakwaan pemeriksaan haid fizikal di sekolah

KPM akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menangani aduan termasuk isu pemeriksaan haid di sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memandang serius berhubung dakwaan masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya komited untuk memastikan amalan sedemikian tidak terus berlaku di mana-mana institusi Kementerian Pendidikan.

“Sejurus tiba dari Kuching di KLIA, saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Kedatangan saya adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan.

“Turut bersama saya adalah Ketua Setiausaha KPM (Datuk Yusran Shah Mohd Yusof) dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Radzi berkata, beliau turut mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru-guru sekolah terbabit berhubung isu tersebut.

“Kami akan perhalusi perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan sebentar tadi (malam tadi).

“KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah serta asrama. Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai pelajar di beberapa sekolah yang tidak dinamakan, mendakwa amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu.

Radzi berkata, KPM akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menangani aduan termasuk isu pemeriksaan haid di sekolah yang dibangkitkan itu. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan