29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

‘Pemeriksaan datang bulan’ tak patut berlaku

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyiasat dan memantau sekolah yang didakwa melakukan ‘pemeriksaan datang bulan’ terhadap pelajar perempuan ketika Ramadan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Perkara ini tak wajar dan tak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius, saya akan buat susulan dengan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tak terjadi lagi.

“Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita,” katanya kepada media selepas merasmikan program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021 di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun menerusi satu kenyataan berkata pihaknya sudah menggerakkan siasatan dalaman bagi meneliti dakwaan terdapat sekolah melakukan pemeriksaan sedemikian bagi mengelakkan pelajar ponteng solat ketika bulan puasa.

Baca juga:   19 kontraktor ditahan kemuka penyata bank palsu RM49 juta

Azizah berkata, MARA memandang serius dakwaan tersebut kerana ia melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Beliau menambah, MARA tidak berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan anggota kerjanya demi keselamatan pelajar di Institusi Pendidikan MARA.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit mengikut peruntukan peraturan sedia ada demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan bebas daripada sebarang ancaman termasuk gangguan seksual, eksploitasi wanita dan kanak-kanak.

Baca juga:   MARA tidak berkompromi sebarang salah laku pelajar MRSM

“MARA juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan imej dan kredibiliti Institusi Pendidikan Mara (IPMA) sentiasa terpelihara,” katanya .

Sebelum ini, tular dalam laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan pemeriksaan datang bulan itu terjadi di sekolah.

Mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa.

Insiden tersebut yang tular dalam media sosial telah mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Mereka mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya insiden tersebut benar-benar berlaku. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan