27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Harga barang naik, KPDNHEP mesti ambil langkah proaktif

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Isu kenaikan harga barang yang menjadi rungutan rakyat ketika ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan BH Online, beliau mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berganding bahu bersama agensi berkaitan untuk mengambil langkah proaktif menangani isu kenaikan harga barang.

Muhyiddin juga mahu pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dilaksanakan.

Menurut beliau, kerajaan perlu memastikan aktiviti tidak beretika yang menekan dan membebankan pengguna dapat dibanteras secara lebih menyeluruh serta berkesan, manakala rakyat juga digalak berperanan aktif menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan.

“Kerajaan menyedari tindakan sebilangan pemborong atau peniaga yang mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan keperluan pada musim tertentu.

“Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar banyak keluhan rakyat mengenai dakwaan kenaikan harga barangan keperluan utama apabila datangnya Ramadan dan kelak apabila menjelangnya musim perayaan.

Baca juga:   COVID-19: 5,162 kes baharu, 6 negeri catat Rt lebih 1.0

“Kenaikan harga barang sudah tentunya membebankan pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah, peniaga dan penjaja kecil,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana Menteri sempena Lawatan ke KPDNHEP dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Baca juga:   Ekonomi Malaysia jatuh dalam kategori 'stagflation'? - Najib

Muhyiddin menambah, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bermula 21 April lalu antara langkah menyekat kenaikan harga barangan keperluan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Baru-baru ini, orang ramai merungut tentang kenaikan barang makanan seperti ayam dan daging di pasaran sejak Ramadan bermula.

Bagi menangani isu tersebut, kerajaan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 selama 30 hari mulai 21 April hingga 20 Mei ini.

Skim tersebut merangkumi 12 jenis barangan dalam empat kategori ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.

Semalam, Alexander dilaporkan memberi jaminan bahawa bekalan ayam segar mencukupi walaupun selepas musim perayaan. – EDISI 9

Terkini

Pembangkang cuba guna isu banjir elak PRU15 diadakan

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat pembangkang semakin hangat menggunakan isu banjir untuk mengelak...

Lagi Artikel Berkaitan