24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perolehan tahunan CEKD meningkat 7.1 peratus

Bagaimanapun perolehan bagi suku keempatnya menjunam sebanyak 16.2 peratus berikutan pelaksanaan PKP yang diperketat

Mesti Baca

CEKD Berhad mencatatkan perolehan sebanyak 7.1 peratus kepada RM28.23 juta tahun ini walaupun suku keempatnya menjunam sebanyak 16.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Urusan CEKD, Yap Kai Ning berkata, perolehan syarikat bagi suku keempat berakhir 31 Ogos lalu mencatatkan perolehan sebanyak RM6.88 juta berikutan tempahan rendah daripada pelanggan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dari Jun sehingga Ogos lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, daripada segi keuntungan sebelum cukai (PBT), CEKD mencatat pertambahan sebanyak 7.4 peratus kepada RM8.54 juta di sebalik PBT lebih rendah sebanyak RM1.47 juta atau menurun 28.7 peratus bagi suku keempat berbanding RM2.06 juta pada suku pertama 2020.

CEKD mencatat pertambahan 4.3% bagi tahun sepenuhnya Keuntungan Selepas Cukai (“PAT”) walaupun mencatat penurunan 30.4% kepada RM1.09 juta berbanding suku yang sama tahun lalu yang mencatat PAT sebanyak RM1.57 juta.

“Walaupun berdepan dengan PKP yang diperketat bagi mengekal COVID-19 yang telah memberi kesan kepada sebilangan industri, kami masih berupaya mencatat prestasi kewangan yang lebih baik bagi setahun penuh.

Advertisements
YAP KAI NING

“Bagi suku tahunan yang dikaji, kami menerima tempahan yang kecil disebabkan ramai pelanggan kami dari industri seperti elektrik dan elektronik serta automotif, tekstil dan kulit yang tidak menerima kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi.

“Lagi pun, pelanggan yang mendapat kebenaran MITI hanya dibenarkan beroperasi pada 60 peratus kapasiti sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

CEKD yang disenaraikan di Papan ACE Bursa Malaysia pada 29 September lalu turut menanggung kos perbelanjaan bagi penawaran awam permulaan (‘IPO’) sebanyak RM0.61 juta.

Kai Ning berkata, pihaknya telah melabur bagi membina kilang dan mesin baharu serta menambah baik perisian bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan pengeluaran yang akan membolehkan syarikat terus tumbuh.
Katanya, dengan kelonggaran yang telah diberikan kerajaan dan kejayaan pelaksanaan program vaksinasi, CEKD telah kembali beroperasi penuh dan akan memanfaatkan situasi itu untuk mengunjungi pelanggan bagi mengukuhkan hubungan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keperluan mereka dan trend pasaran.

“Dengan kebenaran merentas negeri, kami berhasrat untuk menyertai pameran perdagangan bagi meningkatkan profil kami di pasaran domestik dan antarabangsa serta mengadakan sesi demonstrasi produk bagi pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan untuk tujuan pembangunan perniagaan dan pemasaran,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan