28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kes aktif bawah 140,000; kes sembuh 13,045

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus menurun di bawah angka 140,000 dengan 132,175 kes dilaporkan berdasarkan laman web COVIDNOW setakat semalam.

Angka itu melibatkan 106,903 kes (80.9 peratus) dikuarantin di rumah, 16,328 kes (12.4 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 8,097 kes (6.1 peratus) di hospital, 402 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 445 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kes sembuh turut merekodkan pertambahan dengan sebanyak 13,045 dilaporkan.

Selain itu, sebanyak 105 kes kematian COVID-19 direkodkan dengan dua daripadanya bagi tempoh 24 jam semalam.

Advertisements

Ini menjadikan angka terkini kematian COVID-19 negara mencecah 26,981 kes.

Terdapat 26 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,424 kes.

Kesemua kes kematian itu dilaporkan di Sarawak (27), Sabah (14), Johor (13), Kelantan (12), Selangor (10), Pulau Pinang (7), Perak (6), Kedah (4), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (2) dan Pahang (1).

Terdahulu Edisi 9 melaporkan kes harian negara merekodkan angka dibawah 10,000 dengan sebanyak 9,380 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan