Tuesday, July 21, 2026

Pesakit ditikam pesakit mental di Hospital Selayang, stabil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pesakit lelaki yang cedera selepas ditikam seorang pesakit mental ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang, berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, lelaki itu segera diberikan rawatan kecemasan dan selanjutnya telah menjalani pembedahan dengan kadar segera susulan kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang semalam.

“Pesakit dalam keadaan sedar dan stabil selepas menjalani pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatian Rapi di Hospital Selayang, “ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan jururawat serta pegawai perubatan yang berada di jabatan berkenaan telah mengambil tindakan segera menahan pesakit mental berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Menurut beliau, laporan polis berhubung perkara itu juga telah dibuat oleh pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian dan kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan