32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kes ditikam pesakit mental di hospital, KKM kaji semula SOP

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) susulan kes seorang pesakit mental menikam pesakit lain di sebuah hospital di Selangor, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian SOP itu membabitkan pesakit mental di wad kecemasan dan klinik bagi menjamin keselamatan pesakit lain.

“Sebelum tular maklumat yang salah, saya ingin memaklumkan bahawa kejadian lelaki ditikam (semalam) membabitkan seorang pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh pihak polis.

“Ia boleh terjadi di mana saja, jadi kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menghidap demam denggi pergi ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan sebelum diserang.

Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa mangsa yang cedera akibat tikaman itu, berjaya diselamatkan pasukan perubatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas sesi Parlimen bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada pihak hospital.

“Saya bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Pengarah Hospital serta pasukan doktor yang merawat mangsa telah bertemu keluarga mangsa bagi menjelaskan keadaan yang berlaku termasuk usaha-usaha yang telah dilakukan dalam memastikan pesakit diberikan rawatan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata, status terkini mangsa juga akan dilaporkan dari masa ke semasa kepada keluarga manakala kejadian tersebut sedang dalam siasatan pihak yang berwajib.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan