30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Letih juga, kena ada stamina’ – Khairy

Susulan hari pertama bertugas sebagai penyampai radio HotFM bersama Johan dan AG hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LETIH dan kena ada stamina. Itu pandangan Khairy Jamaluddin selepas bersiaran selama empat jam mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama Johan dan AG sebagai penyampai radio HotFM.

Bekas Menteri Kesihatan itu memulakan tugas baharunya itu seawal pukul 6 pagi ini pada hari pertamanya hari ini.

Khairy atau mesra disapa KJ itu kagum dengan komitmen dan tanggungjawab yang digalas oleh penyampai-penyampai radio.

Beliau memulakan bicara dengan berkongsi butiran peribadi termasuk latar belakang pendidikan dan karier, selain pengalaman kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November tahun lalu.

Bersetuju menerima tawaran stesen radio berkenaan, KJ berkata, ini merupakan peluang baginya berkomunikasi dan mendekati orang ramai.

“Saya masih bercita-cita dalam politik. Taknak orang lupa saya,”katanya.

Selama empat jam bersiaran, KJ dilihat tidak kekok melayan untuk berbicara dan pandai bergurau apabila diusik oleh Johan dan AG.

Katanya, tugas baharu itu juga mengubah rutin harian paginya sejak tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet.

“Rutin pagi, tidurlah… sambung tidur. Dah lama tidak rehat, terpaksa direhatkan, jadi kita pun rehatlah,” katanya yang dipecat daripada UMNO baru-baru ini.

Kemunculan Khairy sebagai penyampai Hot FM adalah untuk memberi keseimbangan kepada slot Bekpes Hot dengan membincangkan topik serius dan menyampaikan maklumat menarik untuk dikongsi bersama pendengar.

Hot FM membuat tawaran kepada Khairy menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio selepas bekas Ahli Parlimen Rembau itu tewas dalam PRU15 dan dipecat daripada partinya.

Susulan itu, Media Prima Audio (MPA) mengesahkan Khairy akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM serta bakal mengendalikan segmen Bekpes Hot, mulai hari ini. – Edisi 9

 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan