24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Insiatif Pendapatan Rakyat bakal dilancar sasar miskin tegar, B40

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Ekonomi akan melancarkan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan menambah pendapatan rakyat pada 26 Februari ini.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, sasaran pertama IPR adalah golongan miskin tegar dan keluarga B40 di seluruh negara.

Menurutnya, kementerian akan mengimbangi tumpuan untuk menstrukturkan ekonomi negara dengan keperluan ekonomi rakyat berhubung kos sara hidup dan gaji yang lebih baik dalam merangka perancangan ekonomi.

“ Program-program ekonomi yang memberi fokus kepada dua perkara pokok ekonomi rakyat, iaitu kos sara hidup dan pendapatan, akan diberi tumpuan utama dalam perancangan ekonomi.

“Kementerian Ekonomi juga meletakkan kedua-dua perkara ini sebagai fokus penambahbaikan dasar-dasar ekonomi negara dan program-program ekonomi rakyat yang mengambil pendekatan pelaksanaan bersepadu.

“Dasar-dasar bersabit penggajian rakyat akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya dasar negara diselaraskan ke arah satu sasaran pertumbuhan gaji yang menyeluruh kepada semua golongan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, mesyuarat pertama MTEN dijangka akan diadakan Mac ini.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan sebanyak 8.7 peratus tahun lalu.

Advertisements

“Prestasi ekonomi ini adalah memberangsangkan dan mencerminkan daya tahan ekonomi negara.

“Pun begitu, pertumbuhan tahunan yang baik ini perlu dilihat bersama dengan pertumbuhan sukuan dari ST (suku tahun) 1 hingga ST4 untuk memberi gambaran penuh prestasi ekonomi negara.

Menurutnya, pertumbuhan sukuan menunjukkan penurunan dari 3.8% (ST1), 3.5% (ST2), 1.9% (ST3) dan -2.6% (ST4) 2022.

“Suasana ekonomi global yang dijangka menyederhana dan tumbuh pada kadar yang lebih perlahan dalam tahun ini akan mempengaruhi prestasi ekonomi negara.

“Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan pada kadar 2.9 peratus dalam tahun ini berbanding 3.4 peratus dalam tahun lalu.

Oleh itu menurut beliau, dalam keadaan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka lebih perlahan dalam tahun ini dan pertumbuhan sukuan yang perlahan selama empat suku berturut-turut dalam tahun lalu, Kerajaan sedar keperluan untuk bersiap sedia dalam menghadapi suasana ekonomi yang lebih mencabar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan