28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

NADMA buka pusat pengumpulan bantuan kemanusiaan

NADMA mengalu-alukan penglibatan NGO dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Syria.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia mengalu-alukan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Syria.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan mesyuarat dengan wakil NGO dan syarikat semalam membincangkan tatacara penyaluran bantuan kemanusiaan ke Syria secara teratur dan selamat.

Pihak yang ingin menyumbangkan bantuan kemanusiaan diminta menghantar barangan ke pusat pengumpulan seliaan NADMA dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di Markas SMART, Jalan Pulau Meranti, Puchong, Selangor.

Katanya, masa operasi dari jam 10 hingga 9 malam bermula hari ini hingga esok.

Sumbangan juga boleh dihantar ke Pejabat PBSM di Lengkok Belfield, off Jalan Wisma Putra, Kampung Attap, Kuala Lumpur dengan waktu operasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Advertisements

Antara barangan yang diperlukan ialah makan kering seperti biskut, makanan dalam tin, kurma, mi segera, bar snek, minuman 3 dalam 1.

Manakala barang bukan makanan ialah beg tidur, tuala wanita, kanvas plastic, tali khemah, lampu puncak dengan bateri, lampu solar mudah alih, pemanas (palam C dan palam F).

Sumbangan pakaian pula untuk musim sejuk bagi dewasa dan kanak-kanak, manakala keperluan bayi ialah susu formula bayi bawah umur tiga tahun, lampin dan makanan bayi.

Setiap sumbangan perlu diaku terima oleh pegawai NADMA dan PBSM yang bertugas di pusat pengumpulan tersebut untuk tujuan rekod. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua beregu campuran ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF

DUA beregu campuran negara berjaya mengisi slot ke separuh akhir Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF selepas berjaya mengatasi...

Lagi Artikel Berkaitan