25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bila di Malaysia, sila ikut SOP di sini – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELANCONG asing yang berada di negara ini perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia termasuk penetapan bahawa setiap individu di negara ini perlu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

“Bila berada di Rom, ikut cara Roman, bila di Malaysia tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.

Advertisements

“Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mendapatkan informasi daripada pihak KLCC,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, semalam.

Ciapan itu dimuat naik bagi memberi maklum balas terhadap video yang tular di media sosial mengenai tindakan seorang warga asing yang tidak mahu mengenakan pelitup muka ketika memasuki kedai berjenama di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Tindakan itu turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial dan mahu wanita itu dicari serta dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan