26 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

Kes harian COVID-19 meningkat, 6,377 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES penularan COVID-19 di negara ini mencatat peningkatan buat hari kedua berturut-turut dengan jangkitan lebih 6,000 apabila sebanyak 6,377 kes dilaporkan hari ini, berbanding 6,148 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,454,749 kes.

Menurut beliau, daripada kes baharu tersebut, ia melibatkan sebanyak 32 kes import dan 6,345 kes penularan tempatan.

“Sementara itu, sebanyak 101 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 6,276 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 6,637 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,354,622 atau, 95.9 peratus.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini adalah sebanyak 564 kes (500 kes disahkan COVID-19 ; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 294 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Berkenaan dengan jumlah kluster pula, katanya, sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 474 kluster. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan