25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bajet 2022: KKM terima RM32.4 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyediakan peruntukan mengurus dan pembangunan berjumlah RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tambahan RM4 bilion juga disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19.

Menurutnya, ia merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi manakala RM2 bilion lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam.

Dalam semangat Keluarga Malaysia, katanya, Kementerian Kesihatan juga telah menyumber luar ke hospital swasta dan hospital seliaan Kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara.

“Selanjutnya, bagi terus menang dalam melawan COVID-19, Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk COVID-19.

“Yang utama sekali, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Astro Awani.

Tambah beliau, kerajaan juga telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk.

Jelasnya, jumlah tersebut cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

“Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada semua ahli Yang Berhormat yang sebulat suara meluluskan pindaan Akta untuk membenarkan kegunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi membiayai perolehan vaksin COVID-19.

“Dengan pindaan ini, Kerajaan akan membelanjakan sebaiknya bagi memenuhi keperluan vaksinasi dalam memulih semula dan membina daya tahan buat rakyat dan perniagaan,” ujarnya.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan