26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

6,060 kes baharu harian COVID-19 dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian COVID-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,060 kes dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik di negara ini sebanyak 2,460,809 kes.

Menurut beliau, daripada kes harian dilaporkan, sebanyak 13 kes adalah kes import melibatkan sembilan warganegara, empat bukan warganegara.

“Sementara, sebanyak 6,047 kes penularan tempatan melibatkan 5,759 warganegara (95.2 peratus)dan 288 bukan warganegara (4.8 peratus).

“Terdapat 570 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 492 kes disahkan COVID-19 ; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Dalam pada itu, 300 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan dengan 208 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes sembuh yang dilaporkan dengan sebanyak 7,297 kes masih melebihi kes harian.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh terkini mencecah 2,361,919 atau 96.0 peratus.

“Terdapat 11 kluster baharu dilaporkan dengan kluster aktif sebanyak 460 kluster,”katanya.

Ujar beliau lagi, menerusi kes harian tersebut juga, sebanyak 105 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala sebanyak 5,955 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Setakat semalam, data COVIDNOW merekodkan 95 kematian menjadikan jumlah kumulatif korban dalam negara ialah sebanyak 28,769.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan