25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mahkamah tolak permohonan 2 bekas kru Malaysia Airlines

Semakan kehakiman dibuat berhubung pemecatan mereka akibat terlebih berat badan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan kehakiman oleh dua bekas kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang dipecat kerana terlebih berat badan.

Memetik laporan FMT, Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata bekas penyelia penerbangan Ina Meliesa Hassim dan bekas kru kanan Wan Amran Wan Bulat telah melepasi tempoh sepatutnya ketika memfailkan permohonan itu.

Menerusi keputusan disampaikan secara maya, beliau berkata kedua-duanya gagal memberikan alasan munasabah atas kelewatan itu dan merit untuk kes mereka tidak relevan ketika ini.

Dua bekas kakitangan diwakili Najib Zakaria itu menyatakan alasan kelewatan disebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sekatan penuh ketika penularan Covid-19.

Bawah Peraturan Mahkamah, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat pihak berkuasa, diberi tempoh tiga bulan untuk memfailkan permohonan.

Mahkamah Perusahaan sebelum ini menolak tuntutan pemecatan secara tidak adil terhadap Ina pada 14 Feb dan Wan Amran pada 19 Feb.

Mereka memfailkan permohonan itu sebulan selepas tamat tempoh tiga bulan yang diberikan.

Peguam Negara tidak membantah lanjutan masa dan permohonan itu.

Sebelum ini, MAB memulakan program untuk mengenal pasti kru penerbangan yang gagal mengekalkan tahap indeks jisim tubuh (BMI) mereka lalu dirujuk ke program pengurusan berat badan.

Tanpa membantah, Ina dan Wan Amran menjalani program itu bersama beberapa lagi kakitangan lain.

Ina tidak memenuhi syarat yang menetapkan berat badan 61kg dan Wan Imran juga mempunyai berat melebihi 79kg yang mengundang kepada pemecatan mereka pada September 2017.

Peguam Sebastian Tay dan Rebecca Sonali Alfred mewakili MAB dalam kes itu.

Najib berkata kepada FMT, beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada untuk memfailkan rayuan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan