28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia diperkenalkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 biion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima.

Peruntukan berkenaan merupakan peningkatan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM7 bilion yang sebelum ini memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima sebelum ini. 

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menerusi bantuan tersebut, isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off’. 

“Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

“Selain itu bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi  turut diberikan kepada isu rumah warga emas. Ini bermakna kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki tiga anak dan lebih, layak mendapat BKM maksimum RM2,500,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2022 menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Rakyat yang Sejahtera; Perniagaan Yang Berdaya Tahan; serta Ekkonomi Yang Makmur dan Mampan.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu 1,169 ringgit berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini.

Menurutnya, usaha meluaskan liputan perlindungan sosial berkenaan adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa.

“Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM200 juta.

“Secara keseluruhan RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440 ribu isi rumah memerlukan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan