26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Akur larangan KKM, BN lancar jentera PRN Melaka di PWTC

Mesti Baca

AKUR dengan larangan Kementerian Kesihatan (KKM), Barisan Nasional (BN) membuat keputusan melancarkan Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kuala Lumpur malam ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu memilih untuk mengadakan majlis itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bermula 8 malam.

Pemilihan PWTC dibuat setelah KKM menerusi menterinya Khairy Jamaluddin yang memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 sepanjang PRN Melaka diadakan.

“Pelancaran Jentera BN di PWTC Kuala Lumpur pada Rabu 27 Oktober 2021 jam 8 malam. Untuk PRN Melaka tidak dibuat di Melaka kerana SOP,” katanya menerusi ciapan di twitternya.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka melancarkan jentera PRN Melaka tersebut.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, majlis pelancaran itu akan dilangsungkan dalam SOP yang ketat termasuk hanya membenarkan mereka yang sudah mendapat suntikan vaksin penoh untuk hadir.

Selain itu, para perwakilan dan media juga diminta mematuhi penjarakan fizikal, sanitasi tangan, membuat pemeriksaan suhu badan dan tidak mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selsema.

BN sebelum ini merancang untuk melancarkan jentera pilihan raya mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka pada hari dan masa yang sama.

Namun Isnin lau KKM telah mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuat kuasa 25 Oktober sehingga 27 November ini.

Khairy berkata, larangan itu terpakai bagi PRN Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini, termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

Larangan itu katanya, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang terkini.

Sementara itu, Setiausaha BN Melaka, Datuk Mustafa Musa menerusi satu surat jemputan mengarahkan setiap UMNO Bahagian negeri itu menghantar seramai 100 orang wakil.

Selain itu, wakil-wakil parti komponen iaitu MCA dan MIC juga turut diminta hadir dengan seramai 100 orang bagi setiap parti di samping 30 orang untuk kelab penyokong Friends of BN.

“Sehubungan itu diharapkan agar semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kehadiran peserta dapat dimuktamadkan,” kata surat jemputan itu yang tular menerusi media sosial sejak semalam.

Untuk rekod UMNO Melaka mempunyai enam bahagian. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan